Set Oral Care Amway

Penjagaan Mulut

Penjagaan kesihatan mulut adalah faktor utama dalam memastikan mulut yang sihat. Kita haruslah menilai dan mengenal pasti sekiranya terdapat kesakitan atau tanda-tanda yang tidak normal di dalam mulut dari semasa ke semasa untuk menghalang penyakit daripada melarat dan ketidakselesaan. Sekiranya terdapat sebarang tanda yang luar biasa dan tidak normal, sila dapatkan nasihat doktor dengan segera.

Penjagaan Kesihatan Oral di Rumah

Set Oral Care Amway

Berus Gigi GLISTER

GLISTER Berus Gigi - 4 Pcs. Berus Gigi Glister selamat untuk gigi dan gusi dan berkesan untuk menanggalkan plak. Bulu berus lembut dan sederhana membantu menanggalkan plak walaupun di antara gigi dan mengurut lembut gusi.

Semburan Penyegar Pudina Glister

Semburan Penyegar Pudina Glister - 14ml. Penyegar mulut bersaiz poket yang menyenangkan memberikan kesegaran berpanjangan bila-bila masa dan di mana sahaja anda memerlukannya. - Baru: Pam Tanpa Aerosol, Kandungan Lebih Banyak: 14ml

GLISTER Ubat Gigi Berfluorida Multitindakan

GLISTER Ubat Gigi Berfluorida Multitindakan - 200g. Ubat Gigi Berflourida Multitindakan GLISTER memberikan senyuman yang lebih ceria, lebih sihat. Ubat gigi mengandungi bahan aktif yang terbukti secara saintifik untuk melawan plak dan kerosakan awal gigi.

Ubat Gigi Kanak-Kanak GLISTER

Ubat Gigi Kanak-Kanak GLISTER - 85g. Gel kanak-kanak berfluorida antikaviti GLISTER dihasilkan untuk keperluan gigi kanak-kanak berumur dua tahun ke atas. Gel berperisa strawberi yang enak mendorong kanak-kanak memberus gigi, manakala formulanya membantu menguat dan melindungi gigi dengan mencegah kaviti dan melindungi enamel.

Berus Gigi Kanak-Kanak GLISTER

Berus Gigi Kanak-Kanak GLISTER - 4 Batang. Berus gigi kanak-kanak GLISTER direka khusus untuk perkembangan gigi dan gusi kanak-kanak berumur dua tahun ke atas. Terbukti berkesan membersihkan gigi termasuk gigi belakang yang sukar dicapai sambil melindungi gusi dengan bulu yang lembut.

Comments